Kelas Asas Microsoft Office

3 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Office yang berlangsung selama 2 jam iaitu bermula jam 2:30 petang. Kelas ini diadakan bagi memperkenalkan asas penggunaan Microsoft Powerpoint untuk membuat pembentangan ringkas. Peserta yang terdiri daripada 7 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun hingga 12 tahun telah melibatkan diri dalam kelas ini.

Peserta diajarkan cara-cara menggunakan butang-butang yang terdapat pada Powerpoint untuk memasukkan maklumat yang diperlukan ke dalam slaid. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan penggunaan butang peralihan (transition) untuk membuat slaid lebih menarik. Seterusnya, peserta juga diajarkan cara membuat slaid mereka lebih menarik menggunakan butang animasi (animation). Akhir sekali, peserta telah diminta untuk menyimpan maklumat tersebut ke dalam fail (folder) diatas nama masing-masing. Kelas tamat pada jam 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali